Perkasakan Wanita, Bangkit Bersama SWADA
SWADA memperkasa wanita Felda melalui latihan kemahiran, jaringan sokongan dan ruang untuk menyuarakan pendapat demi kehidupan yang lebih bermakna dan mandiri.
Tentang SWADA
SWADA ialah singkatan kepada Suara Wanita Felda, sebuah gerakan komuniti yang diwujudkan khusus untuk memperkasa wanita Felda agar lebih berdaya saing, berkemahiran dan mampu menyuarakan pendapat mereka dengan yakin.
Visi
- Melahirkan wanita Felda yang berkemahiran dan mandiri serta membawa suara mereka agar didengari dan dihargai.
- Menjadi peneraju dalam memperkasa wanita Felda melalui pembangunan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan untuk masa depan yang lebih sejahtera dan berdaya saing.
Misi
- Merancang aktiviti amal dan kebajikan serta memperkukuh ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan peranan wanita dalam keluarga, kerjaya dan masyarakat.
- Menyediakan platform bagi ahli untuk bertukar-tukar fikiran demi kemajuan bersama sebagai wanita berkualiti
- Transformasi peranan wanita sejajar dengan perubahan masa kini.
Lebih dari 200 orang telah sertai
Program Latihan Kemahiran
Kami menyediakan pelbagai latihan praktikal untuk wanita Felda bagi menambah kemahiran dan menjana pendapatan sendiri.
Kelas Membuat Mee
Pelajari cara menghasilkan mee secara tradisional dan moden yang boleh dijual atau digunakan sendiri untuk menjimatkan kos harian.
Kelas Membuat Fishball
Ketahui rahsia membuat fishball yang segar, kenyal dan lazat — sesuai untuk dijual atau dijadikan makanan seisi keluarga.
Kelas Dandanan Diri (Make Up)
Tingkatkan keyakinan diri dengan teknik solekan asas dan profesional. Peluang menjana pendapatan sebagai juru solek sambilan turut disediakan.
Kelas Membuat Kek
Belajar membuat pelbagai jenis kek – dari asas ke kek moden seperti kek marble, red velvet, dan kek hari jadi. Sesuai untuk jualan kecil-kecilan dari rumah.
Kelas Bahasa Inggeris Kanak-Kanak
Latihan mengajar bahasa Inggeris asas kepada kanak-kanak dengan cara interaktif dan menyeronokkan – penting dalam dunia pendidikan hari ini.
Program Khidmat Guaman
Sesi penerangan dan bimbingan berkaitan isu undang-undang seperti harta pusaka, hak wanita, perceraian dan sebagainya – dikendalikan oleh profesional.
Kelas Membuat Tempe
Pelajari cara membuat tempe yang segar dan sihat – makanan tradisional yang sentiasa ada permintaan tinggi.
Kelas Membuat Soya
Kuasai teknik membuat air soya segar dan produk berkaitan seperti tau fu fah. Sesuai untuk jualan di pasar pagi atau tempahan kenduri.
Kelas Membuat Cincau
Kenali kaedah membuat cincau secara tradisional – bahan asas popular dalam minuman tempatan yang digemari ramai.
Suara Anda Didengari di Sini
SWADA turut menyediakan platform untuk wanita Felda menyuarakan pendapat, kebimbangan dan cadangan terhadap isu-isu setempat dan nasional.